Hinanya aku dimatamu

August 26th, 2008 by siti-wawa11

Bismillahirrahmanirrahim, bila hati ingin berlagu, lagu bukan ria, tapi duka lara bernada sayu…bila hati mahu bicara, bukan gelak ketawa…tapi penuh makna. Ya Allah, aku luahkan ini buat pemujuk hatiku, Kau pujuk hatiku bila aku bicara padaMu, Kau menyahutku..lantas Kau nasihatkan diriku secara halus…terima kasih Allah…aku yang lupa sebenarnya Kau yang paling dekat denganku…

Apa yang mahu kubicarakan?ini bicara sang hati…org nampak hatiku keras umpama batu permata tulen, orang nampak lagakku gagah kalah sang semut…mintak maaf semut, aku pernah berlaku kejam padaMu. Tapi, sang hati ini, bila disentuh, lantas terus mengalir butir permata, sang hati ini bila dijentik maka luka berdarah lambat pulih kembali lah ia….mampu kukira siapa yang pernah berdarah denganku, mampu kukira siapa yang aku darahkan…tapi Ya Allah, aku redha, mungkin dengan ujian ini Kau mahu menyucikan aku dari dosa nodaku yang jijik itu…walau org acapkali berkata ‘Kenapa awak selalu ada masalah dengan orang?’ aku tersentak sebentar….aku tiada jawapan untuk itu, tp katanya mungkin sebab  diriku, mungkin sebab hubunganku denganMu Ya Allah…aku diam, xmengangguk xberkata…sunyi tiada bicara…tp biarlah jawapannya kusemat jauh dalam lubuk hati…biar kukunci tiada terkeluar mengapa…aku mahu dekat denganMu Ya ALlah….tapi mereka kata aku ukhuwah melampau…’melampaukah andai kujumpa bicara Allah?minta nasihat? minta kekuatan…?’tapi aku akur…mungkin aku perlu renggangkan sedikit…bila bicaraku keranaMu Ya Allah, mereka kata aku cakap xserupa bikin….aku tahu teori2 tapi salahkah aku jika kuberi ilmu aku xmampu terlaksana-katamu sampaikanlah peringatan….aku rasa hina sangat depan mereka Ya Allah, sehina sang penghuni jahannam….aku rasa aku xlayak berjalan dimuka bumiMu…tapi kau pujuk hatiku, kataMu, Kau xmembenciku…terima kasih Allah, lepas tuh kataMu, beruntunglah orang yang menyucikan diri…terima kasih ALlah…terima kasih sangat aku xterucap dengan nikmat pancaindera yang Kau kurniakan ini mampuku selongkar apa semua ini…mampu kucari jalan petunjukMu, most of all…Kau kata lagi, jangan hiraukan pandangan manusia. Nabi sendiri pernah tersilap menilai manusia, kisah sorang yang tiada berharta meminta nasihat dari Rasulullah..inikan manusia biasa tiada maksum padanya…Terima kasih Allah kerana memberiku kekuatan dengan ilmuku yang sedikit ini, kuselak kubaca kata2Mu, Kau izinkan aku berada dijalan kebenaran ini sudah terlalu bermakna buatku.

Aku sedar kasarnya aku, aku sedar terlalu berterus terangnya aku…kata Allah pada satu malam, "Diam itu lebih baik". Terima kasih Allah, aku bersyukur dalam keadaan aku suram tanpa cahaya Kau beri dan suluh aku dengan KataMu..terima kasih Allah

Hari ini, aku dipeluk Kak Fariza…semoga Allah memulihkan kak fariza…dan menguatkan akak kak fariza, apa yang berlaku itu ada hikmahnya…kita bukan beriman mencari hikmahnya, tapi redha pada ketentuan Allah..Allah yang merencana hidup kita tiap saat tiap detik begitu juga wawa…terima kasih tanpa diberitahu kak fariza tahu aku dalam kelemahan dan menyuntik sedikit semangat yang bersisa cuma…terima kassih Allah, aku menghargai segala ketentuanMu ini. Terima kasih Allah. Buat Kak Norly yang terserempak disurau tadi…terima kasih..walau kuhadiahkan senyuman buatmu mungkin xsemesra dulu demi menjaga namamu..tapi mampu kau selak jendela hatiku yang parah. Terima kasih buat sesiapa yang menunjukku jalan kebenaran…Allah cakap tadi, mahukan kamu Aku tunjukkan jalan kebenaran? Kata Allah, jalan kebenaran itu adalah ibarat mendaki gunung yang sukar..Allah dah kata..so readyla wahai diri…takkan kamu dilabel Allah org beriman melainkan kamu diuji Allah. Syurga itu mahal, pasti maharnya juga xternilai…Semoga Allah suluh gelap jalanku..pohonlah dengan Allah agar kita ditunjukkan jalan kebenaran. Ni semua kucatitkan sebagai diari hidupku…bagiku renung untuk perbaiki diri. jangan wahai diri jangan fatimah kamu lupa Allah itu Kekasihmu. Semua nieh ditujukan khas buat aku. Bagi yang membca, sudilah menyuntik semangatku kembali…TRIMA KASIH SEMUA. Alhamdulillah atas apa yang terjadi.

Kenapa jadi begini??

August 21st, 2008 by siti-wawa11

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah syukur kupanjatkan pada Allah Tuhan Semesta alam….kerana segala nikmat kurnia yang tak terbayang banyaknya….pada entri kali ni, sekadar mengisi ruang petang sebelum berbuka puasa..alhamdulillah ‘Raya’ to me…at last…hehe, ek ek kuar topik pulak, entri kali ni agak rumit difahami…tapi berusahalah yer untuk memahaminya. hehehe. Kenapa jadi begini???? Jadi ape ek…xda pun sebenarnye kaitan dengan tajuk ni. Actually aku nak berkongsi satu peristiwa yang aneh tapi benar…benar belaka. Kisah yang dah jadik qada’ and qadar Allah pada  diriku. Bila saja aku ditimpa masalah, selalu aku pandang akan salah orang pada diriku…she suppose to act like this like that and not such that such this…hmmmmm mari merenung sejenak, mari bersabar sejenak….mari beriman sejenak…alhamdulillah Allah kurniakan segala dugaan yang berlalu mematangkan diriku…mampu sudah aku berfikir secara rasional bila saja sesuatu menimpaku…ketenangan dihati pun satu nikmat jugak, Ya Allah kurniakan dan kekalkan aku dalam iman padaMu….aku mahu masuk syurgamu, jauhi aku dari nerakaMu…jauhi aku dari siksa nerakaMu…kurniakan daku inayah dan petunjukMu agar suluh terang jalanku…

Nak tahu apa peristiwa tuh? Peristiwa tikam menikam…..manusia is complicated….aku jarang sekali xmarah bila ada org mengata diriku…sangat jarang sekali..orang kata depan xpa…tp bila saja aku tahu satu cerita org berkata didepanku…pada mulanya, aku berfikir ‘Kenapa boleh jadi begini…katanya mahu membawa manusia dekat pada Allah, tp ini bukan mendekatkan, tapi menjauhkan lagi tanpa sedar ke sedar sebenarnya????’memang aku sedih dan pilu amat sangat dan marah pun ada….tapi aku pikirkan satu dalam hatiku terdetik, mungkin ini satu cabaran buatmu…untuk berlapang dada….memang aku sedar perbuatannya mengadu domba perihal diriku itu adalah satu penyakit yang berbahaya…and aku ingat juga, mereka juga manusia…mereka sedar atau tidak….berbuat kejahatan, biarlah mereka dengan Allah dihitung kelak……aku terpikir…semuanya datang dari Allah, untuk menjadikanku lebih tabah dan sabar serta tenang dalam menghadapi sesuatu masalah…so aku hanya lupakan sahaja apa yang telah dia lakukan pada diriku, walau pahit aku telan jua….walau aku berhadapan dengannya tapi kumaniskan jua supaya tak nampak bekas itu padanya…kalau aku xberlapang dada…sia2 lah kesabaran yang menaikkan darjatku disisi Allah tuh…aku sedar diriku hina, aku mahu semakin dekat padaNya, xlain ku pinta. Alhamdulillah syukur telah dapatku lalui saat itu. betapa bernilainya….’berlapang dada…’ aku senang hati  dengan jalan yang Allah tunjukkan ini. alhamdulillah. dan aku lalui lagi satu peristiwa nieh…peristiwa yang buat aku sedar akan kesilapan diriku ini….Allah bg kita sedar melalui jalan yang kita xjangka pun…memang benar, aku katakan pada Allah, aku mahu mendapatkan sifat2 mahmudah….dan aku bermujahadah demi itu semua….Yeay!aku bukan manusia sempurna, ada cacat cela, malah lebih hina dar sesiapa yang membaca entriku kali ini….tapi aku mahu mati dalam mulia padaNya aku kembali…kata2 akan diuji, benar sekali….aku telah melukai hati seseorang akibat kata2ku dan guarauanku itu…aku xsangka ianya akan melukai ukhti tersebut, aku rasakan itu level yang ok buat dirinya..pada asalnya aku hairan kenapa boleh terasa dengan tuh????tapi aku pikir dalam2, aku carik jalan, mohon padanNya…Rupanya…bukan dia yang patut aku pandang…bukan orang kelilingku patut ku tuding, bukan mereka semua, tapi DIRIKU sendiri….aku sendiri perlu diubah…bila diuji. walau melibatkan orang lain….kenapa Allah pilih aku???kerana Allah nak muliakan aku seandai aku pilih jalan yang benar…hinakan aku seandai aku mengikut jejak langkah syaitan…nauzubillah…hmmm, aku perlu berubah, berkatalah perkara yang baik, bersopan santunla—erkkk adeke budak engine sopan???haha ade jek. jangan kalau boleh melakukan sumting yang boleh melukakan hati orang lain. benar sekali…semuanya untuk ku renungkan…terima kasih Allah…tunjukkan aku jalan yang benar…see! wawa boleh berfikir secara rasional…aku admit kesalahan yang aku lakukan. tp bukan kesalahan tuh yang perlu dihighlightkan……apa tindakan aku seterusnya untuk aku perbaiki kesalahan tuh…betol tak semua? sebab, kalau ALlah ciptakan kesalahan untuk dituding2kan….apa guna taubat??apa erti pemulihan dan perbaikan…pasti manusia akan jadi semakin jahil dan terus jahil…sebab tuhla yer aku…aku kene ingat, ape2 jadik tgk diri sendiri dulu, tiada sesuatu bende jadik bukan sebab diri sendiri..kalu x kenapa Allah pilih aku dalam babak tuh???betol2..aku admit aku salah..tapi bagi yang membaca entriku ini..ade tp mungkin xramai kot.sorang dua..haha…Jadikan setiap babak dalam kehidupan kita sebagai satu tazkirah buat kita, nescaya tiada berbenci hati, tiada berkecil hati…antara yang aku kecil hati tp bukan salah org tuh pun sebenarnye, tp entah knape tang tuh jugak nak kecik hati…tapi saya sedar kesalahan saya, dan saya memohon maaf…terima kasih kerana membuat saya sedar..terima kasih semua…i really appreciate it. berkenaan dengan hal yang baru berlaku nieh, aku dah cuba turunkan egoku serendah yang mungkin….dah admit salah aku. aku sayangkan dia, tapi…aku tiada peluang dah…so biarlah Allah beri masa..kan masa itu sebahagian daripada rawatan jugak?? buat diriku jugak. hmmm ada satu peristiwa berlaku malam semalam dan pagi nieh, aku menangis semaunya…Allah, berikan aku dekat padaMu, izinkan aku walau aku sedar…layakkah aku yang penuh dengan noda2 ini dekat padaMu yang terlalu sempurna dan indah..xku kira, aku mahu dekat padaMu Ya Allah, agar sentiasa jalanku tersuluh..aku mahu kembali padaMu dalam keadaan tersuci sekali…permudahkan daku…amiiiin… Bukan senang berlaku adil….bila aku cuba berlaku adil, ada satu pihak terluka, ini mebuatkan aku terpikir….camane nak setelkan ek??tp xda jalannya, biarlah berkorban dan terkorban…aku xmahu luka2 dan duri2 menghiasi kamus harianku…xmahu…so grow up fatimah!!! Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar…towards menyambut ramadhan….xsabar nak masuk madrasah lagi…yeay!!!pertemukan aku dengan ramadhan Ya Allah…amiiin.

Secangkir Starbucks=Secangkir Darah Sang Palestin

August 20th, 2008 by siti-wawa11

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah diberi masa untuk terus bernafas setakat ni, semoga setiap nafas berderu memberi segantang erti dan manfaat buatku–rugilah daku andai masa berlalu tiada bermakna.. Hari Al-Quds, even saya bukan seorang dari al-Quds, namun..sedarilah bahawa daku dikau dan mereka adalah bersaudara…bukankah org2 mukmin itu bersaudara? Disini saya postkan tajuk yang agak direct..bukanla bertujuan untuk menyindir mahupun menempelak pihak2 yang ‘terasa’ namun lebih kepada membawa kesedaran buat sesiapa yang terlupa mahupun terlena.

Ape hari al-Quds tuh sebenarnye? Makna ape yang besar sangat sampai kene diperingati nieh?Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi dengan beraninya membakar dan membunuh insan2 yang sedang menunaikan ibadah kepada Allah dalam masjid suci Masjid al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum bertukar ke Kaabah pada 21 OGOS 1969. Kini genap 39 tahun peristiwa berdarah yang meruntun jiwa umat2 yang prihatin pada saudaranya sendiri itu berlalu. Biarlah hari ini diingati dan disematkan kedalam jiwa setiap individu muslim sendiri. Tiadalah perlu aku menjadi rakyat Palestin dan berpasport palestin barulah aku perlu prihatin akan tarikh ini. Namun, Akidah ku, Allah Tuhan Esa Yang Satu Wajib Disembah, Rasulullah Pesuruh Allah…sudah cukup untuk menyematkan ingatanku pada tarikh keramat ini. Sudah cukupke kita sekadar menyampaikan simpati dengan menonton penderitaan saudara al-Quds kita? Sudah memadai ke kita sekadar mambantu dengan menyedekahkan senyuman simpati buat mereka. Sudah memadai ke kita prihatin dengan sekadar mengutuk perbuatan sang kuffar itu? Tak tak tak sudah pasti jawapan yang kita sendri sudah pasti. Panah didalam busar xkan sampai dan menusuk sasarannya andai

  • xdiambil keluar dari busar
  • Xdimasukkan kedalam pemanah
  • xditarik dan disasarkan dengan pemanah

Action speaks louder than words….sume sudah pasti akan bersetuju dengan apa yang saya katakan. Aku bukanlah sudah pergi berjuang berperang demi al-Quds dimedan sebenar, aku bukan juga penyumbang terbesar mereka dalam apa jua kejayaan dan pembaikan…tapi aku mahu menyumbang dengan menyedarkan mereka yang terlena, dengan aku juga berbuat sumting untuk mereka…Antaranya, BOIKOT BARANG MEREKA!!!! siapa plak la mereka ni…for sure la SANG MUSANG YAHUDI….dan sekutu2nya..siapa2 sahaja yang menjadi tali barut mereka. AKU patut BENCI siapa2 yang mencemarkan dan menjatuhkan SYiar islam…… anda semua pasti sedar akan kekejaman mereka. Credit to sape nyer ilham secangkir sturbucks secangkir darah palestin…xingt sape nyer ayat tuh…tp alhamdulillah bermaksud dalam sekali…. Dengan kita membeli barangan mereka yang ternyata sayarikat2 terkemuka sedunia, kita hanya sekadar merumitkan lagi keadaan saudara2 Palestin kita disana, bukan sekadar Palestin semata malah diserata dunia. Barangan2 mereka boleh didapati di kedai2 serata tempat diseluruh dunia…hmmmm senarai2nya akan dibutirkan nanti nak break kejap.

Rinduku terubat

August 17th, 2008 by siti-wawa11

bismillahirrahmanirrahim,

syukur syukur syukur aku panjatkan pada Sang Pencipta Hati…kerana memberiku secebis kekuatan dalam melangkah dan meredah onak dunia penuh duri ini. Alhamdulillah aku dapat menatap wajah uhktiku dalam keadaan penuh ikhlas dan tenang…teringat aku, bila Kak Ain katakan, "Wawa, Ukhti nak berjumpa jam 1 di depan library" tak terbayang kegembiraan didalam hati, terasa girang rasanya, senyuman terukir lebar dalam xnampak…aku gembira alhamdulillah kerana ukhti sanggup menyediakan masa untuk bersua denganku…seronok rasanya..tapi tiada siap yang tahu rasa dihati ini kecuali Sang Pencipta Hati…walau kutahu tujuan pertemuanku ini bukan untuk sekadar jumpa2 biasa..tapi umpama ‘conference’ yang amat kugeruni juga sebenarnya…tapi rasa ini kupendam jauh disudut hati….! Yang penting aku ingin berjumpa dengan ukhtiku…aku balik ke rumah segera dan terus mengemaskan diri dan meng’announce jugak kepada yang lain bahawa aku ingin bertemu ‘ukhtiku’! lama kutunggu perasaan ini…sudah lama yang kuanggarkan xkan bertemu lagi; NAMUN sangkaanku itu salah sama sekali…. aku melangkah penuh tenang agar hatiku turut sama hadir apabila berhadapan dengan ukhtiku, semoga setiap langkahku bertemunya dihitung ALlah dan dinaungi para malaikat…

Kini aku berhadapan dengan ukhtiku, ditempat yang jauh dari semua, jauh dari hiruk pikuk dunia, jauh dari bebanan kerja courseku, jauh segalanya…langsung tidak ku hiraukan semuanya…alhamdulillah aku bersyukur kerana telah berjayaku luahkan segala yang terpendam didalam hatiku ini…segalanya, walau pelbagai ‘duri’ tertusuk didalam hatiku, walau pelbagai calar tergores, bukan itu semua kupinta, kupinta hanyalah sinar2 ukhuwah berkuntum dari gugur layunya….itu sahaja bukan lebih dari itu. bagiku walau ukhtiku itu memberiku pelbagai racun namun tetap kutelan jua kerana betapa berharganya nilai ukhuwah yang terjalin dengannya..bukan kerana harta, bukan kerana rupanya, bukan kerana lagak dan gelaknya, tapi kerana Allah, demi dakwah ini, demi subur hatinya membawa manusia dan dirinya, demi ukhuwah ukhtiku, demi hatiku juga…demi islam…kerana aku sedar, aku xmungkin bersamanya sampai bila2…aku akan mati, aku akan pergi jauh darinya…ke suatu tempat yang xpasti dimana dan bagaimana….aku berdiri bukan kerana ukhtiku berdiri teguh…tapi aku mahu kami berdiri teguh bersama2 dengan secebis kekuatan kurniakan Ilahi untuk merenjis haruman2 dakwah kepada sang fakir islam…demi sirna islam yang gemilang…demi Ilahi…. Aku harap semoga kami dipertemukan kembali kelak di akhirat sana, jadikan aku dan dia antara golongan2 yang dinaungi Allah Sang Pemberi Kasih Sayang…

Banyak yang kubelajar dari ukhtiku ini, terlalu banyak, terlalu xternilai harganya, walau kugadai segala emas permata dibumi…tiada tertanding nilainya…tidak sama sekali. Dialah yang mencelikkan mataku dari kebutaan, dialah yang menyuluhku dalam kegelapan, dialah yang memayungkan daku saat hujan fitnah…tapi dia bukan segalanya…Dalam Hatiku Masih ada Sang Pencipta Kasih Sayang….rasa kasihku ini sudah amat berharga buatku, apatah lagi rasa Kasih Sayang Allah yang terhijab dariku ini…maseh lagi akan kucari walau penat lelah duka merana kuhadapi…INGINKU rebah dengan NamaNya dibibirku, INGINku lena jalanku ke syurga, INGINku dermakan darahku demi Syahid itu…inginku ingin sekali…

Segala nukilan hati ini khas kucoret buat ingatanku ini…bukan kerana angkuh jua ujub, bukan kerana suka ria, namun tazkirah buat diri agar aku sentiasa sedar…Ukhuwah itu manis kerana ALLAH sahaja bukan kerana dunia….dan ingatan buatku bahawa ‘tiada datangnya madu tanpa peritnya racun dan bisa sang lebah’. Alhamdulillah

ini ke orang nyer yang nak menempuh jalan ke jannah???

August 14th, 2008 by siti-wawa11

bismillahirrahmanirrahim,

syukur ku panjatkan kepada Allah atas nikmat yang telah kurasakan selama ini dan saat ini. kesempatan menulis blog sebelum kelas bermula nieh sekadar digunakan untuk meluah Kata Hati…aduhai hati mari kita mula berbicara.

Sakit Hati Aku,

bila baru saja berjanji menempuh jalan ke jannah dengan fikrah Rasulullah,

tapi hati penuh kata dusta dan nista

baru saja membawa manusia agar dekat pada Allah namun hatinya menjauhi Allah,

baru saja membaca sirah pengorbanan Abu Bakar sahabat karib Rasulullah, namun kisah itu xmampu membuka matanya,

baru saja melafazkan bait2 indah sang penyanjung ukhuwah, namun hatinya tumbuh lalang berduri,

baru saja bersyukur menerima nikmat dan rahmat dari Allah, namun hatinya engkar pada sang sahabat yang xsemaksum Nabi.

Tapi tapi tapi…..andai aku sakit hati maksudnya hatiku xsesihat hati orang yang mahu menoktahkan hidupnya sebagai syuhada…andai sakit hati maksudnya hatiku xsebersih kain putih untuk menghadap ilahi..andai sakit hati maksdunya hatiku ditutupi jendela dari menerima cahaya Ilahi…alhamdulillah kini aku mampu berfikir secara positive bila sesuatu menimpaku…’Bila ujian menimpamu, itu tandanya Allah mahu engkau makin dekat dan meminta padaNya’ alhamdulillah…aku ingt lagi dengan kata-katamu Ya Allah, Engkau akan kurniakan kasih sayangmu dengan aku dekat dengan kata-katamu…aku dah cukup bersyukur dengan kasih sayang yang ukhtiku beri setakat ini..andai kasih sayangMu kuraih pasti lagi agung rasanya…aku ingin Ya Allah aku mahu aku mahu, demi syahid dijalanMu, hidup ini bukan noktahnya disini namun aku xtahu bila, mungkin ketika di perantauan atau mungkin di tanah air atau mungkin dimana2 sahja…terus bgku nikmat kesedaran ini kepadaku Ya Allah.alhamdulilah.syukur ku panjatkan

Aku rindu

August 12th, 2008 by siti-wawa11

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakan, nikmat ilham dalam meluahkan kata2 dari lubuk hati nnieh jugak. alhamdulillah. Sekejap jek masa ni berlalu, pejam celik pejam celik hampir separuh semester second sem part 2 dah…Aku rasa seronok di kelas hari nih sebab entahla, aku jumpa apa yang aku carik, AM I REALLY TO BE CHEMMAT ENGINEER???haha kene brainwashed plak by lecturer hari nieh. alhamdulillah syukur. even dalam kedukaan menyelubungi hati pada awal2 pagi td, Allah kasik kekuatan dan secebis senyuman…syukur2. macam2 dah aku lalui setakat 2 tahun nieh, macam2…tp nak cerita sikit la. sebelom mata terpejam rapat, tulisan nieh sort of muhasabah jugak la. Tahun pertama di University of Auckland, amat2 bermakna padaku. Dimana aku kenal Maisarah lebih rapat–my roomate!!kalau dulu aku tahu sarah nieh type yg senyap jugak, even aku senyap jugak senanye, tp dalam senyap sarah tuh ada permata rupanya tersembunyi, sarah seorang yang baik, caring, xberkira, give and take jugakla orang nya, most of all aku xpernah tgk family type nyer person, n aku blaja dari sarah jugak—to be a family type nyer person..antara percaya atau tidak….aku xpernah kol mak aku 5 bulan pertama, haha sebab aku xpikir perlu pun nak kol mak, tapi sarah…tiap malam boleh katakan kol mak de….masyaAllah, semoga Allah kurniakan title ana solehah buat sarah…i’ve learnt a lot from her…syukran sarah, even sarah mungkin xbaca pun blog nieh. Perkenalan yang singkat dengan Kak Suya di Malaysia memperkenalkan aku dengan Ukhti Samirah, Nur Liyana, SITI NORAINI–hehe i like this name and the person as well…Emylia, ecelli kenal ukhti Noraini jek senanye tp thru kak ain i know other people as well. Syukran kak ain….Hehe, aku banyak blaja di bumi Auckland nieh, supaya sayang Tuhanku, Rasulku, islamku, familyku, ukhuwahku yang ada…alhamdulillah. and aku jugak blaja, jgn banyak songeh dari kak ana, hehe, u know what–i have a big thing in my head!i must ask people anything until they have no more answer to answer me..tp alhamdulillah skang baru aku sedar yang banyak bertanya, akan membawak aku sebenarnya semakin jahil, malah semakin jauh dari Allah, Allah xsuka org yang this type..aku xnak jadik org yg xdisukai Allah. Aku blaja banyak dari kak Ana, blaja menyayangi,haha tp—the problem is, too care makes u more careless! yeah, i admit this fact. tp tayah citerla kot. dalam usrati aku, aku sayang semua alhamdulillah, every person tuh ada ajar aku banyak benda….banyak sangat, aku blaja dari kak fadhi, jgn "MULUT LASER" yeah jgn terlalu laser fatimah…hehehe bukankah lidah itu lebih tajam dan berbisa dari pedang yang tajam terhunus???How about ukhti samirah? well, i luv her very much….she’s a good sis though quit ‘brick’..she teaches me one thing and i hope i will bear this in mind for eva iAllah….Everything that i wish to isn’t always i get….even i spent a lot for it…and anything i have and i’ve loss it…i will never eva get it back COZ its not sumting that is very cheap such that i can easily get. well, time pass so quick such that i have done nothing all this while. Gonna miss u Ukhti Samirah, and i hope Allah grant u anything that u wish for..Now, kak Apad, she’s awesome!haha, kak apad is quit a simple person but also quit stylo if there is any function…hehehe, kak apad2, haih…kak apad ni selalu melayan aku, sebagai kakak la kiranya. kat mana2 selalu aku ada kakak, kat sini pun ada jugak…kak apad ni banyak ilmu….very down to earth type of person…very2….salute la kak apad penyayang jugak orangnya! ow2 CHep2!hehe, kak apad xbaca nyer nieh, hehe. Kak Teh lak, well she’s nice and yeah just nice…ececeh, haha kak teh majok kang, ceh xdekla, kak teh nih sporting oranya…emosi jugak, lebih kuang cam aku kot, but not really….coz i have lots2 of kedut2an and she have no kedut2n, hehe xdekla…bukan tuh nilaiannya. Kak teh nieh lurus orgnya, haha, kak teh2 terlalu lurus…so people, don’t be so mean to her coz she’s very generous. hmmmm, even xdapat dok lame ngan kak teh, i am gonna miss her a lot, salu majok2 ngan kak teh kecik ati la bercerai berai ati la cam2 g la…but benda tuh yang mematangkan senanye…percaya atau tidak…aku pun xpercaya aku adalah aku kini. aku banyak berubah, walau pahit jugak sebenarnya namun madu yang kudapat mampu melunturkan kepahitan tuh sume…. Ukhti Ain pulak, terlalu banyak aku blaja dari kak ain, too much such that i can’t list all of them….now. kak ainla sahabat sejati, carik sahabat carik kak ain nyer type ek…tp besfren kak ain kak norly la…haha saje jek nak emphasize kak ain kawan sejati…kuat hatinya, lembut jugak orangnya…n mahal harganya…aku xpernah jumpa orang cam kak ain n harap xkan pernah jumpalah, haha…kak ain la tempat aku berborak dan mengadu, banyak jek hal aku kongsikan bersama kak ain. sebab kak ain cam tabung pegang amanah…no lah not really la like that actually…kak ain is a place where u can put ur trust on….i think u can grab what i mean really…pasal kak noly plak, akan diberitahukan pada post2 mendatang, kak noly ngan ukhti samirah spesel sikit so kene ade post spesel juz for them. cececeh, well aku xkesah sebab nieh tempat like my diary, people might not read it coz they don’t even know me, except my good friends and family as well. okehla dah malam lewat dah, even kerja2 berlambak2, aku nak jugak meluahkan rasa hatiku ini. ha lega, alhamdulillah. time to sleep and ready for al-mulk people!wallahualam

Aku mencari cintaMu

August 7th, 2008 by siti-wawa11

bismillahirrahmanirrahim, syukurku panjatkan kepadaMu Ya Allah kerana maseh memberi kesempatan buatku meneguhkan diri dan mencari kasihMu…kejap lagi ada plant tour, tapi rasa nak mengolah ayat plak. bagi yang membaca, ayat2 yang diolah mungkin xsesempurna karangan melankolik yang korang pernah baca, n for sure xsetanding novel2. Cinta satu topik yang xpernah lapuk walau masa sentiasa berlalu, so kalau nak wat research project cinta boleh la, instead of "Urea"–hmm my recent topic…hehe, anyway dats not d problem. CINTA , apa pandangan anda semua bila diajukan topik ni? pasti ada yang terfkir My 1st luv is si polan2, xkurang jugak ada yang buat koleksi surat2 cinta, bukan setakat cinta pada sahabat, pasti ada yang menjawab cinta pada ayah ibu dan macam2 lagi…macam2 kerenah yang ada…tapi bukan itu soal utama yang ingin dikeutarakan. CINTA pada Allah, cinta yang walau ditimbus dengan banjir lumpur tetap maseh berkilauan selepas dibersihkan, cinta yang meskipun tercalar balar tetap mampu bersinar selepas digilap, cinta yang xpernah luput mahupun hancur dek hujan dan panas…itulah dia cinta utama kita sang hamba. cinta pada sang manusia dia akan pergi, namun sekiranya disandarkan pada Ilahi…tetap abadi n xkan mungkin pernah kecewa dengannya. daku ingin cinta ini, cinta yang terlalu menarik hebat dan agung. xpernah kupikirkan wujud cinta yang dalam duka tetap bersama, dalam senang juga turut serta, dalam tidur dalam sedar, setiap saat ketika cinta itu tetap dirasakan. Walau payah mendapatkan kasih sayang dan cintaMu itu…tetap mahu kucoret dalam warkah ini…agar aku terus mengejar cinta abadiMu itu. Ya Allah, aku ingin sentiasa dekat padamu, aku rindu pada kata2Mu(ayat al-Quran), aku mahu berjumpa denganMu. Namun payah untukku kikiskan keduniaan yang menghinggap dalam hatiku. Aku sedar tiada dua cinta dalam satu hati. Aku xperlukan cinta sang manusia yang hanya membawaku hanyut dari cintaku padaMu. Aku xperlukan harta berjuta2 yang xmampu kubawa ketika aku menghadapmu, aku xperlukan pencapaian dunia yang dibanggakan sekalian manusia yang hanya ibarat fatamorgana yang berterbangan dalam nilaianMu. Aku hanya mahu hati yang bersih yang terpahat dalamnya bait2 indahMu(ayat al-Quran) yang dihiasi ibadah2 ikhlas dan khusyu’ ketika menghadapMu. Bantu daku Ya Allah dan pimpinlah daku menuju hidayahMu…XMahu aku hanyut terleka dalam dunia yang membelenggu diriku. Aku ingin sekali menjadi kekasihMu, yang sentiasa dalam pandanganMu dan tiada pernah bersedih hatinya diguris luka2 dunia kerna sentiasa bersamaMu. Aku sedar mungkin sekejap lagi nyawaku Kau ambil, mungkin juga esok, lusa atau bila2…dan aku mahu menjadi seorang kekasih yang sentiasa bersedia menanti kekasihnya menjemput. Bantu daku Ya Allah. Pimpin daku. Kuatkan daku.

Cintaku pada Allah

August 5th, 2008 by siti-wawa11

Bismillahirrahmanirrahim, hari yang memenatkan bg saya hampir berakhir. Alhamdulillah Allah kurniakan terlalu banyak nikmat pada saya, nikmat makan nikmat belajar, nikmat bersahabat…tapi xkan terbanding dengan yg lain,. nikmat Iman dan Islam…dengan iman dan islam saya mengenal diri…apakah peranan saya dimuka bumi Allah yang luas ni…adakah untuk sekadar mengejar cita2 sebagai seorang engineer yang mampu berbakti kepada manusia semata? tidak…bukan sekadar ijazah itu yang dikejar…namun risalah juga dibawa bersama…Risalah yang amat berat kuterima, namun amat bangga tuk ku genggam…alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah. Dengan nikmat2 yang terlalu melimpah ruah dari Allah nieh sepatutnya cintaku dan sayangku xtertanding mahupun terbanding dengan cintaku pada sesiapa pun…bukan emakku, bukan keluargaku, bukan juga sahabat handai…apatah lagi housemateku, or Kak Noly mahupun Sayme mahupun sesiapa sahaja. Alhamdulillah Ya Allah, aku dapat merasakan betapa manis rasa berkasih sayang atas jalanMu….betapa berharganya rasa itu…xterucap kesyukuranku ini…kasih yang membuatku sentiasa teringat padaMu, kasih yang sentiasa menguatkan aku dalam suka mahupun duka, kasih yang walau jauh terasakan dekat kasih yang membuatkan aku malu padaMu Ya Allah betapa Engkau Maha Pemurah..Mungkin kalian semua pernah merasa berkasih sayang juga sebagaimana saya. Subhannallah, itulah manisnya kasih sayang manusia…apatah lagi rasa nikmatnya kasih sayang Allah…pasti lagi hebat dan gempak effectnya. Malu aku malu….kadang2 bila terpikir, demi kasih sayang manusia aku sanggup berkorban harta jiwa tenaga, tapi kenapa tidak aku berkorban demi Kasih SayangMU Ya Rabbul Jalil…khusyu’ dalam solat pun sukar untukku gapai…bagaimana ini dikatakan berkorban jiwa? duduk memohon kepadaMu pun aku sukar sedangkan bersengkang mata demi manusia aku sanggup? meraikan manusia tak usah dikatakan berapa nilainya…namun bersedekah demi mendekatiMu pun aku xsanggup…Ya Allah aku MALU MALU MAlU menghadapmu, terus merasai kemurahanMu dengan rezki2 udara, makanan, nyawa dan sebagainya tapi terus lalai dan alpa tanpa mengejar kasih sayangMu yang tak ternilai…Ya Allah, Bantu daku menggapai cintaMu kerna aku sedar Engkau sahajalah Kekuatanku ini…Ya Allah, lembutkanlah hatiku ini agar selembut hati sang murabbi…Ya Allah suluhkanlah cahaya rabbaniMu kedalam hatiku agar terang jalanku menuju redhaMu…Demi CintaMu Ya Rabb…sentiasa pegang daku dekat denganMu…amiiin ya rabbal alamin.

Salam perkenalan

August 3rd, 2008 by siti-wawa11

assalamualaikum wbt,

hehe, Salam perkenalan semua, kawan2 sahabat, mak2 bapak2..mungkin semua kenal dah saya, Siti Fatimah Abu Bakar. tapi saja je, sy yakin perkenalan tuh xpernah habis..sentiasa bergerak secara infiniti. Ok sekadar intro jek tentang saya before sape2 yg ingin trus membaca karya dan nukilan dari saya sendiri, mungkin bahasa saya xsecantik dan seindah bahasa sang penyair, tapi harapan saya agar semua mendapat manfaat dari nukilan saya seterusnya insyaAllah. Karya2 saya bergerak bebas, terpulang kepada ilham yang datang ketika menulis, so dgn heran flow2 yang kurang ciherence yer. Tujuan saya menulis blog ini adalah sebenarnya lebih kepada refleksi diri, diri saya yang xsempurna and hina nieh. Semoga permusafiran dan amal ibadat kita diterima Allah Maha Pengasih Maha PEnyayang, amiiin. Wallahualam.